NOTA KATA NAMA



1. KATA NAMA AM

  • Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat secara am atau umum.

Kata Nama
Am
Contoh
Ayat contoh
benda
permaidani, tongkat, tikar, langsir, kotak, komik, biskut, roti, gelas, pinggan, piring, tempayan, botol, sangkar, selipar, kalendar
1   Mak Cik Ramlah membeli sebotol kicap.
2   Roti kaya sedap rasanya.
3   Ayah membeli sebuah komputerriba.

haiwan
monyet, bangau, siamang, landak, ular, serigala, singa,  cacing, siput, jengking, kijang, seladang, pelanduk, tenuk


1   Gajah itu sangat kuat.
2   Pak Jamil membeli dua ekor kambing
jantan.
3   Cacing hidup di dalam tanah.

manusia

penghulu, pekebun, wanita, pelajar, jurubina, pensyarah,   emak, adik, tukang masak, penyelia, juruwang, wartawan, pengarah, seniman,    pengetua
1   Wanita itu jiran saya.
2   Adiknya bekerja sebagai seorang jurutera.
3   Pensyarah itu bapa saudara Ariffin.

tempat
bank, klinik, perpustakaan, asrama,hospital, plaza tol, pawagam, kafe taman bunga, pasar malam, pam minyak, pejabat, bengkel, restoran, universiti, maktab
1   Mereka sering berkelah di pantai itu.
2   Orang ramai berkumpul di balai rayaitu.
3   Kita digalakkan menyimpan wang dibank.







         Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal katanya.

       Contoh:

1   Encik Lee membeli sebuah kereta baharu.



         Kata nama am hanya ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya apabila digunakan pada permulaan ayat atau memulakan ayat cakap ajuk.
       Contoh:

1   Kereta baharu itu kepunyaan Encik Lee.

2   Ayah saya pergi bekerja pada waktu pagi,” kata Zaipah.







2. KATA NAMA KHAS
  • merujuk kepada sesuatu secara khas.
  • menyebut benda, orang, binatang, tempat dan tumbuh-tumbuhan secara khas.
  • huruf pertama mesti dieja dengan huruf besar.
Kata Nama Khas
Contoh
Ayat contoh
orang
Encik Amin, Puan Zawiah, Pengarah Hospital Universiti Malaya, Rengasamy,
Swei Lan
  1. Encik Amin pengawai polis .
  2. Pengetua Sekolah Kebangsaan Temasik Tuan Haji Bahari bin Awang.
binatang
Si Comel, Si Belang, Sang Kura-kura, Sang Buaya, Sang Kancil, Si Jalak, Raja Singa, Si Tompok
  1. Sang Kura- kura sedang berlumba dengan Sang Arnab.
  2. Si Tompok sedang bermain-main dengan seutas tali.
benda
Kamus Dewan, Proton Wira, Honda, Sony, Sanyo, Dettol, Luna, Casio, Camy,Aiwa, Harian Metro, Panasonic
  1. Pak We menunggang motosikal Honda.
  2. Datuk membeli televisyen berjenama Panasonic.
tempat
Zoo Negara, India, Kuching, Kuala Lumpur, Pulang Pinang
  1. Kakaknya menetap di Pulau Pinang.
  2. Maktab Perguruan Lembah Pantai johan dalam pertandingan pidato peringkat kebangsan.
tumbuh-tumbuhan
Bunga Raya, Tongkat Ali, Durian Belanda, Carambola, Guajava,
  1. Bunga Raya ialah bunga rasmi negara Malaysia.
  2. Emak saya suka minum air Kacip Fatimah. 



3. KATA GANTI NAMA


  • Kata ganti nama terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.


Kata Ganti Nama
Keterangan
Ayat contoh
1. diri pertama
1. saya/ aku/ daku
2. kami- sipenutur dan temannya apabila bercakap dengan pihak kedua.
3. kita- sipenutur dan orang yang mendengarnya.
4. beta- raja / sultan-
5. patik
6. hamba

1. Saya suka makan kek buah.
2. Kami hendak ke perpustakaan.
3. Kita mesti belajar bersungguh- sungguh.
4.” Laksanakan perintah beta dengan seger.” Titah Raja Melaka.
5. “ Segala perintah tuanku akan patik laksanakan.”Kata Hang Tuah.
6. “Izinkan hamba pergi dulu”. Kata Pak Malau kepada Bendahara.

2. diri
kedua
1. awak/ kamu
2. anda- digunakanuntuk diri orang kedua yang tidak bersemuka sepeti dalam iklan, dalam radio, televisyen.

3. Engkau- bercakap dengan orang yang rapat atau dengan Tuhan.

4. Dikau- digunakan dalam puisi
5. Tuanku-(Tunggal) – digunakan apabila bercakap dengan sultan.

6. kalian (ramai)


1. Siapa nama awak?
## Kamu hendak ke mana?
2. Anda dihendaki hadir temuduga terbuka pada 2 Mei 2014.
3. Ya Allah kepada Engkau aku meminta pertolongan.
4. Dikau yang kusayangi….
5. “Ampun tuanku, sembah patik harap diampun”. Kata Tun Perak kepada Sultan Melaka.
6. “Mengapakah kalian ingin berjumpa dengan saya”. Kata ketua kampung kepasa anak buahnya.

3. diri
ketiga


1. Dia, ia(tunggal)- digunakan untuk orang biasa pada umumnya.

2. nya- ditulis serangkai dengan perkataan sebelunya.

3. Beliau- dugunakan untuk orang yang dihormati seperti pemimpin atau guru.

4. Baginda- digunakan untuk kerabat diraja.

5. Mereka- (ramai) digunakan jika bilangan orang lebih daripada seorang.



1. Dia orang kaya di kampung saya.
## Jika dapat, ia sangat berbaloi.
2. Abangnya tinggal di Pulau Langkawi.
3. Tun Abdul Razak adalah Perdana Menteri yang kedua di Malaysia. Beliau seorang pemimpin yang prihatin.
4. Tuanku Mizan adalah sultan di Negeri Terengganu. Baginda adalah seorang raja yang berjiwa rakyat.
5. Mereka sedang bermain bola sepak di padang sekolah.



Kata ganti nama
Kata ganti nama ialah perkataan yang menggantikan kata nama am dan kata nama khas. Ia boleh dibahagikan kepada kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri boleh dibahagi lagi kepada kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang.




A. Kata ganti nama tunjuk digunakan
   untuk menunjukkan sesuatu.        
Contoh: itu, ini.

   
Ayat contoh kata ganti nama tunjuk:
  1.  Rumah yang kita duduki ini kepunyaan Sir Thomas.

  2.  Baju yang tergantung pada almari itu sungguh cantik.

B. Kata ganti nama diri tanya digunakan untuk merujuk pada orang atau benda dalam bentuk ayat tanya. Ia terdapat juga dalam bentuk gandaan.



Contoh: apa, siapa, mana, apa-apa, sesiapa/
siapa-siapa, mana-mana.


   Ayat contoh kata ganti nama diri tanya:
1. Apakah yang kamu buat di sana?
2.  Yang mana satu kawan baharu kamu, Taufiq?
3. Jangan benarkan sesiapa pun masuk ke dalam

kawasan ini.

C. Kata ganti nama diri orang digunakan untuk menggantikan nama seseorang individu atau sesuatu pihak.


Contoh: beta, saya, aku, hamba, patik, kita, tuanku, kamu,
awak, engkau, saudari, anda, kalian, baginda, beliau,
dia, mereka, ia, -nya.


Ayat contoh kata ganti nama diri orang:
1. Saya berharap kamu mendapat keputusan cemerlang
    dalam peperiksaan nanti.
2. Sultan Mansur Shah ialah raja yang prihatin. Baginda sentiasa mendengar masalah yang dihadapi rakyat.
3. Kita mesti menang dalam perlawanan bola sepak
malam ini.




PERHATIAN
# Semasa mengguna kata ganti nama diri supaya tidak membuat kesalahan. Kata ganti nama diri beliau hanya digunakan untuk orang yang berpangkat dan dihormati. Satu lagi kesalahan umum yang dibuat oleh pelajar ialah menggandakan kata ganti nama diri orang. Sila ingat bahawa semua kata ganti nama diri orang tidak boleh digandakan.
Ayat contoh:

1. Beliau terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan catur.     (SALAH)
    Dia terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan catur.         (BETUL)
2. Datuk Kamarulzaman merupakan Pengerusi PIBG sekolah     ini. Beliau sentiasa mengambil berat tentang pencapaian        murid- murid dalam     
    akedamik.(BETUL)
3. Saya-saya belatih dengan bersungguh-sungguh untuk           menang. (SALAH)
    Saya berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk menang.     (BETUL)
4. Mereka-mereka berasa sedih atas kekalahan itu. (SALAH)
    Mereka berasa sedih atas kekalahan itu. (BETUL)







3 comments: